Sunday, January 28, 2007

tokoh ismee2006


TOKOH ANUGERAH GIBSON 2006

INTERNATIONAL SOCIETY FOR MUSIC EDUCATION WORLD CONFERENCE (ISME) 2006


MOHD ASWAWI BIN ISA

(720728-03-5325)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERING

16150 KOTA BHARU

KELANTAN DARUL NAIM

DAFTAR ISI KANDUNGAN

A. Pengenalan.

B. Profil Tokoh.

C. Sumbangan dan pencapaian dalam bidang Pendidikan Muzik.

i. Peringkat sekolah,Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

ii. Peringkat Institusi Pengajian Tinggi.

iii. Peringkat jabatan-jabatan

D. Sumbangan Khidmat Masyarakat.

E. Hasil ciptan dalam bidang muzik yang di ketengahkan.

F. Penutup.

G. Lampiran:

i. Sijil-sijil.

ii. Surat-surat sokongan

iii. Gambar-gambar.

TOKOH ANUGERAH GIBSON (ISME 2006)

MOHD ASWAWI BIN ISA

A. Pengenalan

Tanggal 16 Julai 2006, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), merupakan tarikh bersejarah yang cukup bermakna bagi Mohd Aswawi bin Isa kerana telah dinobatkan sebagai rakyat Malaysia pertama dianugerahkan Anugerah Antarabangsa Gibson. Penganugerahan itu diadakan sempena Persidangan Pendidikan Muzik Sedunia (ISME) 2006 kali ke-27 yang bermula pada 16 hingga 21 Julai 2006. Persidangan ini telah dihadiri oleh lebih 1000 peserta dari 68 buah negara.

Anugerah berprestij dalam bidang pendidikan seni muzik ini telah diumumkan sendiri oleh Presiden ISME, Profesor Dr. Gary Mcpherson dengan disaksikan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah di KLCC.

Menurut Mcpherson di dalam ucapannya, Mohd Aswawi Isa merupakan rakyat Malaysia pertama diberikan anugerah antarabangsa ini. Penganugerahan ini dibuat mengambil kira sumbangan dan kejayaan beliau dalam membangun dan memperkenalkan seni muzik tempatan khususnya diperingkat sekolah-sekolah rendah dan menengah. Difahamkan juga, bagi rantau Asia anugerah ini hanya pernah dimenangi oleh rakyat Jepun dan Korea.

Pada malam 19 Julai 2006, pihak ISME 2006 telah mengundang YAB Datuk Seri Hishamuddin bin Tun Hussin Onn, Menteri Pelajaran Malaysia untuk menyampaikan sendiri hadiah berprestij ini kepada Mohd Aswawi Isa. Dengan kemenangan ini, Mohd Aswawi telah menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 20,000 bagi digunakan untuk projek pendidikan muzik dan peralatan muzik yang bernilai USD5,000 serta sebuah gitar istimewa buatan tangan Gibson bernilai USD5,000.

B. Profil Tokoh

Mohd. Aswawi bin Isa merupakan seorang Guru Muzik di Sekolah Menengah Kebangsaan Sering, Kota Bharu, Kelantan. Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tanggal 28 Julai 1972 dan merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik. Kini, beliau telahpun berumahtangga dan dikurniakan tiga orang cahayamata.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong, Kota Bharu. Kemudian meneruskan pendidikan ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Kota, Kota Bharu. Seterusnya menyambung pengajian di Maktab Perguruan Kota Bharu dalam bidang muzik pada tahun 1994 sehingga 1997. Beliau mula berkhidmat sebagai guru muzik pada 23 Mac 1997 di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Perling, Johor Bahru. Pada tahun 2000 hingga 2003 beliau menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda Pendidikan Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Muzik) dengan Kepujian, beliau telah ditugaskan untuk meneruskan kerjaya perguruan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 pada pertengahan tahun 2003. Pada bulan Mac 2006 beliau bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sering, Kota Bharu sehingga sekarang.

Mohd Aswawi dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai bakat serta minat yang tinggi dalam seni budaya terutamanya muzik tradisional Kelantan seperti rebana ubi, wayang kulit, kertok dan silat. Bakat dalam bidang muzik dan kesenian ini diwarisi daripada ayah beliau yang suatu ketika dahulu merupakan seorang pemain rebana ubi di kampung Pulau Tebu, Kota Bharu. Minat yang mendalam dalam bidang muzik dan kesenian inilah yang mendorong beliau memilih pengkhususan pengajian di dalam bidang muzik ketika menuntut di Maktab Perguruan Kota Bharu dan seterusnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sepanjang penglibatannya di dalam bidang muzik, beliau seringkali mengikuti program-program serta pertandingan-pertandingan muzik dan kesenian yang dianjurkan di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan. Menyedari akan pentingnya keindahan dan kegemilangan seni muzik tradisional Melayu dikekalkan sebagai warisan yang cukup berharga, beliau mengambil inisiatif untuk mendalami seni muzik tradisional Melayu terutamanya seni muzik tradisional Kelantan. Beliau amat cenderung kepada permainan muzik tradisional seperti wayang kulit, makyong, silat dan dikir barat. Selain boleh memainkan alatan muzik tradisional seperti serunai, gendang, kompang, rebab, rebana ubi, gamelan dan geduk, beliau juga mempunyai kebolehan untuk membuat alat-alat muzik tradisional ini termasuklah membuat patung-patung wayang kulit. Sehingga hari ini, beliau telah banyak menghasil dan membekal alat-alat muzik tradisional seperti set dikir barat, set gendang silat, set wayang kulit serta kompang di sekolah-sekolah, institusi pendidikan, dan pejabat-pejabat kerajaan di sekitar negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Kuala Lumpur dan Langkawi.

Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru muzik di sekolah, beliau telah banyak memberikan sumbangan dalam meningkatkan kualiti dan kecemerlangan pendidikan muzik diperingkat menengah khususnya. Antaranya menubuhkan Kumpulan Muzik Makyong, Kumpulan Persembahan Wayang Kulit versi baru, Kompang Kelantan, Pasukan Gamelan, Kumpulan Dikir Laba dan Pasukan Gendang Silat. Disamping itu, beliau juga banyak memberikan sumbangan (selaku jurulatih dan tenaga pengajar) di sekolah-sekolah rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi (Universiti Pendidikan Sultan Idris), Pejabat Kebudayaan Negeri Kelantan, Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan, Dewan Bahasa Dan Pustaka Negeri Kelantan, Pusat Kejururawatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sekitar negeri Kelantan.

Untuk mengembangkan bakat seni yang sedia ada, beliau juga telah menubuhkan Kelab Kebudayaan dan Kesenian Kampung Pulau Tebu pada tahun 2004. Penubuhan kelab ini bertujuan untuk mengekalkan dan meneruskan kegemilangan seni muzik tradisional dan budaya di kalangan masyarakat setempat disamping memberi peluang kepada penduduk-penduduk kampung melibatkan diri secara formal dan aktif dalam persembahan-persembahan di dalam dan luar negara. Selain itu, ahli-ahli kelab ini juga dapat menambah sumber pendapatan mereka melalui pembuatan dan penjualan alat-alat muzik, menjadi tenaga pengajar secara sambilan di sekolah-sekolah sekitar, dan membuat persembahan muzik tradisional.

C. Sumbangan dan pencapaian dalam bidang Pendidikan Muzik.

i. Peringkat sekolah,Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

a. Menubuhkan dan melatih kumpulan muzik mak yong dan wayang kulit versi baru di sekolah serta menyediakan peralatan muzik.

b. Melatih kumpulan muzik silat peringkat sekolah.

c. AJK Bengkel Uji Bakat Konsert Kementerian Pelajaran Malaysia 2006.

d. Menyertai pertandingan kompang dan koir sekolah menengah di peringkat Negeri Kelantan.

e. Membuat persembahan bersama pelajar sempena Majlis Mesyuarat Raja-Raja Perempuan 2006.

f. Persembahan pelajar Sekolah Menengah Sering dalam sambutan Hari Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia.

g. Panel hakim pertandingan Kompang dan Formasi Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2004.

h. Jurulatih Utama Kursus Orientasi Pendidikan Muzik JPN Kelantan.

i. Persembahan Konsert Kementerian Pendidikan Malaysia 2000 di Istana Budaya Kuala Lumpur.

j. Pemuzik Konsert Kementerian Pendidikan Malaysia 2003 di PWTC Kuala Lumpur.

k. Melatih dan mengiringi persembahan pelajar dalam Persembahan Muzik Tradisional di Persidangan Pendidikan Seni Muzik Sedunia (ISME) 2006 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

ii. Peringkat Institusi Pengajian Tinggi:

a. Penceramah & Fasilitator Bengkel Muzik Wayang Kulit anjuran Jabatan Muzik UPSI pada Januari hingga Februari 2005.

b. Mewakili UPSI dalam persembahan Gema Merdeka (MAKUM) 2000 di UKM.

c. Persembahan Konsert Kemuncak Seni 2001 Evomusique di Dewan SITC, UPSI.

iii. Peringkat jabatan-jabatan:

· Pejabat Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Kelantan.

a. Mengajar dan melatih pasukan koir sempena Festival Gendang Malaysia dan Pelancaran Kempen Budi Bahasa peringkat Negeri Kelantan.

b. Kursus Pergendangan Tradisional Negeri Perlis 2003.

c. Menyertai Bengkel Seni Kraftangan(pembuatan alat muzik tradisional) Julai 2004.

d. Menghadiri bengkel Jurulatih Bimbingan Seni Budaya Negara 2005.

e. AJK acara sampingan Program Merakyatkan Seni dan Budaya sempena Festival Dikir Barat Negeri Kelantan 2006.

· Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Kelantan.

a. Menjayakan persembahan Wayang Kulit Dewan Versi Baru Peringkat Kebangsaan 2005 di Kuantan Pahang.

b. Pelantikan Kumpulan Muzik Tradisional Pertandingan menggayakan semutar dan tudung.pada Mac 2006 di Bachok Kelantan.

c. Majlis penyampaian sijil penghargaan dan jamuan tengah hari kumpulan Wayang Kulit Dewan pada 20 September 2005.

d. Hakim dan penyelaras permainan tradisional sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara peringkat Negeri Kelantan.

· Maktab Rendah Sains Mara Pasir Tumboh.

a. Karnival Muzik dan Apresiasi Seni 2004 anjuran MRSM Pasir Tumboh .

b. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA tahun 2004 peringkat Negeri Kelantan.

c. Program Karnival Pengkayaan Bakat dan Budaya Budi Bahasa 2005 anjuran MRSM Pengkalan Chepa.

d. Majlis Penyempurnaan Perasmian Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu dan Program Kejururawatan oleh KDYMM AL-Sultan Kelantan 2006.

e. Majlis Makan Malam MARA Negeri Kelantan.

f. Majlis Pelancaran Pasaraya Besar KB MALL, Kota Bharu.

D. Sumbangan Khidmat Masyarakat:

a. Menubuhkan Kelab Kesenian dan Kebudayaan

Kampung Pulau Tebu, Kota Bharu.

b. Melatih penduduk kampung membuat alat muzik

dengan membuka bengkel membuat alat muzik

tradisional Kelantan.

c. Menganjur Festival Apresiasi Muzik Rakyat tahun 2004

dan 2005 di Kampong Pulau Tebu.

d. Menubuh dan mewujudkan pasukan kompang Rentak Irama Kelantan.

e. Melatih dan menyediakan khidmat tenaga pengajar yang terdiri daripada penduduk kampung mengenai muzik Kelantan ke sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan.

f. Menganjur dan mengetengahkan pertandingan kain semutar dan kelubung di kalangan masyarakat Kelantan.

E. Hasil ciptan dalam bidang muzik yang di ketengahkan:

  1. Mereka cipta kertok bermelodi.
  2. Merekacipta “caklampu” dari bahan terbuang (lampu gasoline) bagi menggantikan caklempong untuk kegunaan di sekolah.
  3. Merekacipta persembahan Wayang Kulit versi baru (moden)

F. Penutup

Sesungguhnya tanpa peluang, sokongan dan dorongan yang diberikan, adalah mustahil bagi saya untuk sampai ke tahap ini. Untuk itu, saya mengambil kesempatan ini, untuk merakamkam sekalung penghargaan dan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, masyarakat kampung, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak lupa juga kepada agensi-agensi kerajaan lain yang telah banyak membantu seperti Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Timur, pusat-pusat pengajian tinggi (IPTA)terutamanya Universiti Pendidikan Sultan Idsir (UPSI), dan semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha meningkatkan profesionalisme keguruan dan memartabatkan seni budaya warisan bangsa yang amat berharga ini. Adalah menjadi harapan saya, usaha dan inisiatif untuk membangunkan pendidikan muzik di Malaysia ini akan membuahkan hasil yang positif.dalam memastikan pendidikan muzik di negara ini duduk sama rendah dan beridiri sama tinggi dengan negara-negara maju lain.

PENERIMAAN ANUGRAH GIBSON SEMPENA PERSIDANGAN PENDIDIKAN SENI MUZIK SEDUNIA (ISME 2006)

Penyampaian Cek dan gitar oleh YAB Datuk Seri Hishamuddin bin Tun Hussin Onn, Menteri Pelajaran Malaysia

Penyampaian Cek dan gitar oleh presiden persatuan guru-guru muzik sedunia(ISME) Profesor Dr. Gary Mcpherson

MEMBUAT WAYANG KULIT UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH

MENGAJAR ANAK MURID CARA-CARA BERMAIN WAYANG KULIT

MENGAJAR KUMPULAN ORKESTRA PADA WAKTU PETANG

KUMPULAN MUZIK MAK YONG DAN WAYANG KULIT S.M.K.SERING

PERSEMBAHAN TARIAN MAK YONG PERINGKAT INTERNATIONAL

MENGAJAR PARA PELANCONG DARI LUAR NEGARA TENTANG MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA.

PERSEMBAHAN WAYANG KULIT VERSI BARU OLEH PELAJAR S.M.K.SERING

BENGKEL MEMBUAT ALAT MUZIK

MEMBUAT ALAT MUZIK DIKIR BARAT

HASIL KERJA TANGAN

WAYANG KULIT WATAK SRI RAMA

PERSEMBAHAN NASYID SEKOLAH

PERSEMBAHAN SILAT BERSAMA ORANG KAMPONG

KELAB GENDANG SILAT S.M.K. SERING K.BHARU KEL.

MENUBUHKAN KELAB MUZIK TRADISIONAL DI KAMPONG PULAU TEBU KOTA BHARU KELANTAN.

MENGANJURKAN PERTANDINGAN SEMUTAR (PENGIKAT KEPALA) ANTARA KAMPONG- KAMPONG

JOHAN PERTANDINGAN SEMUTAR CANTIK

MENERIMA ANUGRAH ISME2006 BERSAMA PENYELIA MUZIK JPN KEL.

SAMBUTAN ANUGRAH ISME PERINGKAT SEKOLAH(SMK.SERING)

BERKONGSI KEGEMBIRAAN BERSAMA ISTERI

2 comments:

Anonymous said...

Is 1xbet korean online legalbet | Rangyad
To begin in the country, it is important to note that you 1xbet partenaire should be doing this before betting on the country. A few sportsbooks that offer betting on

callispadmore said...

Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
Harrah's Cherokee Casino Resort locations, rates, amenities: expert Cherokee research, only 공주 출장샵 at Hotel and Travel Index. 당진 출장샵 777 창원 출장안마 Casino 목포 출장샵 Drive, 충주 출장샵 Cherokee, NC 28719, US